Saturday, January 31, 2009

Teddy Bear & BraceLet,...

Hari ini aku dah melunaskan segala yang terpendam kat hati aku. Si dia,.. i still loving u, n i will do anything for u. Cet,statement cam siot jek.

Pas jek bertolak dari umah maksu, aku terus pecut gerak balik segamat. Dalam 120-130km/j aku tekan. Hahaha,puas hati aku. Aku balik awal coz nak wat surprise kat si dia.. Aku terus g umah dia n bg dia sumthin'. Hope si dia suke pemberian aku yang tak seberapa tu.. Si dia kaC aku teddy bear n it's so cute... love it..

Hmm,..sok bermula lah episod baru dalam hidup aku. Klu ade cite besh,aku kongsi ngan korang lagi. Ok,bye2,...

Friday, January 30, 2009

entah ape2 entah,...

Sok aku dah nak gerak balik johor. Tak puas r cuti seminggu. Banyak yang aku tak abez explore kat ipoh neh. Baru jek nak g jalan2, shopping and mandi kat Lost World of Tambun.. Laptop aku plak wat hal. Rase nak campak jek kua.. Dah r tak ley online, terpakse r aku pnjm laptop orang. Tadi aku usha 1 barang neh,memang best r.Tapi budget plak tak bape nak cantik.Hehehhe,...laen kali r kot. Mase banyak lg nk kumpul budget.

Malam neh cam tak besh jek. Maybe aku rimas sebab sok dah nak gerak balik johor. Barang dah ciap packing,sume dah ciap masuk beg. Aku nak watpe jek? Dok mengelamun jek dalam bilik... and wat blog. Semalam Hafeez inform kat aku psl blog dia. Congrats,.. dia berjaya jgk.. Not bad r blog dia. Hope dia jadikan aku follower dia.. lg byk follower lg bagus. Banyak cite ley kongsi.Hehehe,...

- Si dia wtpe la skg?.. rindu sangat3,. -

Wednesday, January 28, 2009

tepak sireh & si dia..

Sales tak bace lg.Subjek laen pun tak wat revision. Huhuhu,..aku cam takde mood je nk study je cuti neh.Aku nak spent more time wif my mom, coz pasni da tak balik dah. Tunggu cuti semester jek. Ahad 25 Jan, aku pegi majlis pertunangan kakak sedare aku. Meriah giler.. maybe for me dis is my first time tengok acara camni. Hehehe,wat malu jek kalau tak tau adat merisik dan meminang. Jenuh r mase aku bertunang nanti,..tapi sape yang sudi menjadi suri hidupku ini? Sanggupkahdia menerima diriku seadanya? - cet, tetiba aku berangan pasal majlis pertunangan -

Sepanjang majlis pertunangan tu berjalan, si dia selalu kol and mesej aku. Aku tau, dari sudut hatinya dia amat risaukan aku. Dah banyak kali aku katakan padanya, "I ley jaga diri I sendiri, u jangan risau,k?", lebey jurang camtu la mesej aku kat dia. Dia macam dah sebati dalam dalam jiwa aku. Pendek kata, separuh nyawa aku ada padanya. Setiap nafasku,terdetik di hatiku hanya dirimu, the one and only....

Aku bertolak ke ipoh keesokan harinya. Tak sabar aku nak jumpe mak. Hehehe,pisah sekejap je dah rindu. Sampi jek aku terus tido sebab malam tu memang x ley nak tido sangat. Anak sedara asik menangis jek. Silap ari bulan aku da lempang baby tu. nak tak nak kena sabar gak la.

Hmm,... aku pun dah penat and takde cite nk kongsi ngan korang. Nanti, bile aku ade new story, aku update untuk tatapan u'all. k,take care.. assalamualaikum..

Wednesday, January 21, 2009

aku, si dia dan balik kampung...

Dis friday aku balik ipoh. Beshnye,.da lame aku tak peluk n kiss mak. Rindu neh dah tak dapat dibendung lagi. Setiap jam,minit dan detik aku kira... dah tak sabar dah. Kepala neh asik fikir kat umah jek. Hehehe...sowie PM Kamel coz I tak bagi full attention masa klas IM.

Si dia muncul dlm hidup aku. Entah macam mana,relationship between her n me getting more serious. Actually aku tak bape sangat kenal dia. Tapi, kehadiran si dia membuatkan life aku jadi laen, bak kata orang cam pengantin baru. hahaha... takde r,gurau je. Si dia neh memang caring,loving,... n baik sangat dengan aku. Tapi kan,dia neh suke sangat membebel. Kalau wat tak tau jek,sampai tahun depan pun tak abez. hahaha,...

Aku pn tak tau nak luahkan ape lagi kat blog neh. Esemen dok bertimbun. Ok, aku gerak dulu. Adios,..

Friday, January 16, 2009

3 hari,..

Hidup kita cuma 3 hari. Semalam, hari ini dan esok.. Mengapa kita perlu menghargai setiap detik, minit dalam kehidupan..? Kebanyakan dari kita jarang mengambi tahu hal ini. mereka melepaskan detik-detik indah yang mereka lalui. Bagi mereka, semalam adalah semalam, dan ianya tak mungkin akan sama seperti pada hari ini..

Bagi aku,semalam adalah kenangan, hari ini akan menjadi iktibar dan esok adalah permulaan menempuh alam kehidupan baru. Kenangan terindah akan mengingatkan kita pada seseorang, lalu mencetuskan perasaan kasih dan sayang.., dan kemudiannya timbul rasa cinta yang mendalam di dalam hati. Perasaan yang akan dialami oleh setiap manusia..

Hari ini pula akan menjadi iktibar, dan sejurusnya membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dan tidak mengulangi perkara yang sama pada hari-hari mendatang. Kejadian hari ini juga mengajar kita supaya lebih mengenali dan menghayati detik kehidupan. Jika terlepas, tak mungkin hari seperti hari ini akan datang menjenguk kita lagi...

Esok akan menjadi penentu kehidupan kita. Kita tak tahu apa yang bakal kita lalui, kerana kita sendiri tak mampu untuk meramalkan segalanya. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah berhadapan dengan bijaksana dan berhemah, dan cuba menjadi seorang manusia yang tabah menghadapi dugaan..

So,nikmatilah hari-hari anda dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan kenangan lalu terlepas begitu saja. Jika anda mengendahkannya, anda akan menyesal seumur hidup. Ingatlah, hidup kita hanyalah 3 hari.....

Wednesday, January 14, 2009

Orang yang menyintai Kamu,...

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan
kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Keluhan hati nurani...

Dis week ade 3 esemen kene buat. Selling, ethnic relation and IM. Pening kepala dok fikir yang mane nak buat dulu. Dah r kene submitt before 23hb. Aiyooo, tension2. Kat kepala neh asik fikir nk balik kampung jek. Seminggu cam rase setahun. Ishh,.. bile r hari tu nak tiba?
Korang pun same gak cam aku,kan? Tak sabar menanti hari bahagia tu. Ceh,cam siot jek ayat aku. Mesti korang dah beli tiket. Ade yang balik pagi, ade yang balik petang..
Hmmmm,aku pn da xde idea nak post lg,so korang jaga diri bebaik mase cuti neh. Jangan lupa study coz pas cuti banyak test,esemen, and presentation nak kene buat.. Hope korang bersedia dari segi mental n fizikal sebelum korang crash n more stress di hari mendatang tu.

"SELAMAT BERCUTI"....

-seminggu lagi nak cuti, tapi beria wish awal2 neh. Hahahaha,jangan marah-

Tuesday, January 13, 2009

Tentang kehidupan,peringatan....

Untukmu wanita,...
"Jadilah khazanah kerahsiaan,.. Seperti mawar yang memagari dirinya dengan duri, tak mudah didekati apatah lagi disentuh... Menjadi idaman sang kumbang walaupun sukar dan gentar untuk dimiliki, akhirnya hanya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri.. Untuk terus mekar di taman keredhaanNya,..."

Jagalah diri anda sepertimana kamu menjaga agamamu, kerana dengan agama kamu tidak akan mudah terpedaya dengan pujukan lelaki dan kemewahan dunia,...

happy tree friends,...

Ni lah pic kengkawan aku mase kat Shahputra College Kuantan. Sume kepala gile2 punya. Memang havoc r kitorang mase blaja dulu. Lepak dengan lecturer, tengok wayang, wat esemen, n macam-macam lagi r. Kekedang tu ade gak bergaduh sebab x puas hati. tapi, sebagai orang yang sudah mencapai usia matang kitorang dapat selesaikan dengan bijaksana.

Sekarang masing-masing dah ikut haluan sendiri. Aku continue stdy kat Uitm n some of them terus keje. Ada yang dah lost contact, busy,....

Kengkawan, aku harap dapat jumpe korang n lepak-lepak macam dulu. Kita kongsi cerita tentang kisah kehidupan yang tak pernah henti..





Buat pedoman bersama,.....

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap iabegitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakanlagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begituistimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hinggake akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain ..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang l ain .Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan MENYESAL....

Saturday, January 10, 2009

Yang Sempurna - Part 1

Chapter 1
Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Aku masih terleka dengan kicauan burung dan keindahan sinaran mentari. Inilah aktiviti pertama yang aku lakukan setiap pagi. Mengagumi dan menikmati ciptaan Ilahi.

"Reez,kau buat apa tu? Semalam kata ada date dengan Mia. Merajuk pulak dia kalau kau lewat." Suara itulah yang sering aku dengar setiap hari. Pendek kata, Zaf ini macam mak aku. Pantang sikit tengok aku layan feel, mesti nak ganggu.

"Yela, aku nak mandi la ni. Kau ni kalau tak membebel tiap-tiap hari boleh tak? Boleh stress tau", jawabku. Kalau buat bodoh je dengar ceramah free tu lagi menjadi-jadi si Zaf ini." Kalau aku tak ingatkan kau, si Mia tu asyik call aku and tanya pasal kau. Hey, i'm not your secretary". Aku bingkas bangun meninggalkan Zaf membebel tak berhenti-henti. Hmm, kekadang tu bagus juga aku ada housemate macam Zaf. Dia selalu mengingatkan aku pada perkara-perkara penting. Solat, proposal, appointment with clients. Bertuah aku.

" Zaf, aku gerak dulu ni. Kalau apa-apa hal, call je aku". Aku terus mengambil kunci kereta lantas menghidupkannya. " Jaga si Mia tu elok-elok. Tangan tu jangan meliar sangat. Hahaha", usik Zaf. "Yela. Ermm, kau boleh tolong bagi makan kucing aku tak? Dah lewat dah ni", jawabku. "Nanti aku bagi la. Kau jangan risau", balas Zaf.

Aku terus memandu menuju ke rumah Mia. Rumahnya agak jauh sedikit dari apartment aku. Cuma dalam 30 minit sahaja perjalanan. Mia Karmila Tan Sri Adnan Kamarulzaman, anak gadis pemilik syarikat perisian komputer, TechCorp Holdings. Aku tak sangka anak gadis Tan Sri Adnan menjadi milik aku sekarang. Dia seorang yang cantik, menawan dan pandai bergaya. Memang kena dengan taste aku la. "Mia Karmila, indah sungguh nama itu dan juga secantik orangnya," bisikku.

Aku sampai di Villa Marqisa, kediaman rasmi Tan Sri Adnan. Lantas aku mengambil telefon bimbit dan mendail nombornya." Mia, I dah ada kat depan rumah you. I tunggu you kat luar je", kataku. " Kenapa you tak masuk dulu? I tengah bersiap ni. You sembang la dulu dengan mama and papa". Inilah yang membuatkan aku lemah. Berhadapan dengan orang tua Mia. Mereka memang ramah dan seronok bersembang. Aku dah naik segan bila mereka bertanyakan tentang sejauh mana hubungan aku dengan Mia. Aku hanya mengatakan semuanya baik-baik belaka. Itulah ayat-ayat yang sering aku guna untuk elak dari di interview lebih-lebih.

Selepas beberapa minit, Mia muncul di sebelahku. Bau wangi semerbak memenuhi ruang kereta Nissan Fairlady aku. Mia memang pandai bergaya, bijak mengenakan make-up dan outfit.

"Reez, kenapa you tengok I macam tu. Macam nak makan je," katanya dengan nada manja. Aku tersedar dari lamunan apabila Mia menegurku. " Sorry, I terpegun bila tengok you. Tapi, kalau boleh makan you apa salahnya," gurauku. "Ishh, you ni kalau satu hari tak bergurau memang tak sah. Hmm, nak pergi mana hari ini?", tanya Mia.

"Hey, you yang ajak keluar, you tanya I balik. Kalau I, I tidur je kat rumah. Hari minggu, hari paling best untuk tidur," balasku. Mia menarik muka masam. "You ni asyik tidur je,dah tidak ada kerja lain ke? Weekend la masa yang I boleh keluar dengan you. Dahlah 2 minggu you outstation. I rindu sangat dekat you,"luah Mia. Aku terkedu mendengarnya. Memang aku selalu outstation dan kadang-kala aku lupa untuk call dia.

"Hem,minta aku pujuk la tu,"bisikku. Mia selalu begitu,kalau segala kemahuannya tidak dipenuhi,perangai keanak-anakannya jelas kelihatan. Aku dah biasa dengan keadaan sebegitu,dah masak dengan perangainya.

"Baby,I'm sorry,ok? Kita pergi The Curve,nak? I nak cari barang la,"pujukku. Mia masih mendiamkan diri. Lain macam je dia hari ini. Silap cakap ke aku ni? Tiba-tiba Mia bersuara, "You, I nak perfume Nina Ricci,boleh?". Aku terpinga-pinga,agak lambat menangkap setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mia. Agaknya aku kena tambah RAM dalam kepala otak aku ni.

"You,dengar tak apa yang I cakap tadi? Or you saja buat-buat tak dengar," perli Mia. "Apa yang you cakap tadi?perfume ek? Kan I dah bagi for your birthday last month, you lupa la tu,"balasku. "Ala,nak jugak.Please sayang,please,please,....,"pujuk Mia. Aiseh,macam mana aku nak buat ni? Aku mati akal memikirkan apa alasan yang patut aku bagi pada Mia daripada beli perfume tu.

"Ok la,kita keluar pergi The Curve dulu. Then,after I habis beli barang, kita tengok perfume yang you nak tu,deal? Mia mengangguk. Setujulah tu. Lega aku.

Aku meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin ditujui. Pandangan aku terhadap Mia sukar untuk aku lepaskan. Aku curi-curi melihat wajahnya yang selalu menjadi tempat aku mencari idea dan melepaskan rindu.


****************