Friday, March 20, 2009

Dingin+Buntu+Rindu

Kebuntuan menerjah kotak fikiranku. Mane idea gempak nak wat esemen neh? Asal aku neh macam lemau jek? Ishhh,stressnye. Malam neh umah sewa aku sunyi jek. Diorang wat keje masing2. Hem,aku,duk dalam bilik belek2 laptop.. Tu la aktiviti aku kalau dah bosan tahap dewa. Nak ym pun,takde orang online... Nak manage fesbook,hem,dah tak tau nak edit ape..

Si dia masih dalam perjalanan ke dungun. Macam mane la si dia kat sana? Mesti besh kongsi segala ilmu ngan bebudak Uitm dungun. Ye r, Uitm segamat neh baru jek on course ISB. Si dia seorang yang kuat,tabah & cekal.. Dengan perwatakan tu r menjadikan aku lagi bertambah sayang pada dirinya,hatinya... Aku tak mahu kehilangan si dia sepertimana aku kehilangan orang tersayang iaitu arwah bapak. Sayang,i akan menjaga hubungan neh baik2,.. i akan jaga relationship neh macam i jaga diri i..
Dan aku,harus teruskan hidup walau seribu badai datang melanda. Khai,ko ley wat yang terbaek. Dun ever2 give up easily.. Aku harapan keluarga,... Gudluck

Thursday, March 19, 2009

Bila mentari memancarkan sinarnya,...

Hari neh panas terik. Neh la bumi segamat,panasnye tak dapat dijangka. Laen macam jek. Hem,mase macam neh la sesuai nak basuh baju or wat sumthin' else yang berfaedah. Aku macam bese la,kuar pegi kampus settlekan pasal surat pencen arwah. Pas pegi HEA aku terus amek signature KP for my intersesi. Lame jugak la kitorang borak dalam bilik tu.

Hem,aku da tak tau nak watpe. Nak tunggu si dia,lame lagi kelas dia nak abez. Ngan tak membuang mase,aku pegi car wash. Kete aku da comot sampai tahap macam kete bawak pegi ladang. Eiii,jijik. Segan nak bawak pegi segamat kalau kete comot. Nanti saham kete aku jatuh merudum cam ekonomi kat US tu. Hahaha,... cam siot jek statement aku. Skang neh kete aku dah bersih,berkilat macam kete baru. Puas hati aku,...

Aku lunch ngan si dia kat tempat bese. Hari neh si dia nak pegi terengganu. Program ape entah,aku tak sure pun. Tapi si dia cakap macam nak tukar2 notes ISB. Lebey kurang camtu la. Si dia pegi 3 hari. Hem,sunyi la aku. Tapi still ley call & SMS. Cara tu la yang selalu aku gunekan. Before sleep,aku mesti call si dia,kekadang si dia yang call aku. .

Aku pun dah ngantuk neh. Semalam tak bape nak puas tido. Hari neh aku nak tido puas2 coz ade banyak keje nak kene settle. Wish me all da best of luck,...

Wednesday, March 18, 2009

Dilema di hatiku,...

Tak sampai 3 minggu dah nak final exam. Esemen dah r berlambak,ngan presentation lagi,test.. Serabut gler kepala otak aku. Hem,aku nak balik kampung. Camne la mak,angah & arina kat umah?Mesti bz settlekan hal arwah bapak. Sebenarnye aku dah plan nak balik ipoh after all tests & presentations settle. Aku tak sabar nak lepaskan kerinduan yang dah lame terbuku kat hati aku neh. Aku tak puas tatkala berbicara melalui telefon,puas lagi bile bertentang mata ngan mak. Mak, ka rindu sangat kat mak. Setiap malam ka asik teringat kat mak,pesanan mak,& perli2 mak tu... Mak, i really need you,i can't live without u...

-sayang & kerinduan yg teramat sangat-

Tetiba stress,.,...

Hari neh PM Kamel nak usha blog sorang2. Ape lagi bebudak neh kelam kabut bukak blogspot.com. Hem,... masing2 gelabah tahap cipan angkasa. Aku ade 36 posts jek. Aku tak sure bape yang PM Kamel nak. Aiseh,camne neh? Kalau dia nak 40 and above, tak sempat la.. Aku dah mati kutu memikirkan cite ape yang aku nak post neh. Pagi2 neh idea susah cikit nak generate,tambah2 lagi kalau dalam keadaaan terpakse. Push la camne pun, cite jadi tak besh.. Hem,belasah je la. Dah takde idea. Aiyoo,....apa mau jadi neh?

Ok guys,aku nak fikirkan cite baru untuk post aku yang akan datang. Korang tunggu je la,...

-Stress+loss of ideas+pening+serabut-

Monday, March 16, 2009

Doa buat sahabat,...

Saat kau pergi meninggalkan tanah tumpahnya darah, bumi berkejaran bersama untuk memegang segulung lembaran ijazah, menjarakkan persahabatan kita dengan cita-cita dan keazaman…Namun pergilah sejauh manapun, pautkan persahabatan dan kenangan demi kenangan kita bersama pada langit yang memayungi mu. Kerana di mana pun kamu bermusafir, langit tetap bergantung pada mu.

Apabila menerima perkhabaran kau akan pergi sejauh itu, aku mengerti dan fahami meskipun antara dua naluri ini merasakan kegembiraan kerana apa yang pernah kau usahakan berhasil dan aku juga sedih kerana aku bakal kehilangan sahabat di sini..

Biar di mana-mana pun,letakkanlah azam mu di hadapan, dan tafsirkan ia dalam perjuangan yang padu. Meski itu jangan lupakan apa yang pernah kita lalui,kepayahan, kegembiraan dan air mata yang tak nampak pada zahir. Seusngguhnya dalam dunia persahabatan yang di lalui ini,mengertilah aku, andai suratan itu telah tertulis semuanya bakal bermula lagi nanti…….

Waktu,...

Dan jika engkau bertanya, bagaimanakah tentang Waktu?….Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.

Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim. Suatu ketika kau ingin membuat sebatang sungai, di atas bantarannya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya. Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesedaran akan kehidupan nan abadi, dan mengetahui bahwa kelmarin hanyalah kenangan hari ini dan esok hari adalah harapan.

Dan bahwa yang bernyanyi dan merenung dari dalam jiwa, senantiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.

Setiap di antara kalian yang tidak merasa bahawa daya mencintainya tiada batasnya? Dan siapa pula yang tidak merasa bahawa cinta sejati, walau tiada batas, tercakup di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari fikiran cinta ke fikiran cinta, pun bukan dari tindakan kasih ke tindakan kasih yang lain?

Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbagi dan tiada kenal ruang? Tapi jika di dalam fikiranmu serabut mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkum semua musim yang lain,dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.

Thursday, March 12, 2009

Sorry for everything,...

Aku nak mintak maF kat Ika & Niesa if selama kite kenal neh aku ade terkasar bahasa or gurau2 kasar ngan korang.Aku tak bermaksud nak wat camtu pun kat korang. Maybe aku tak sedar tindakan aku tu ley mengundang ketidakselesaan korang berdua. Pasal yang buzz2 tu,aku saje jek. Kekadang tu aku juz nak tanye khabar. Bese r,bukan slalu jumpe kat kampus. Tapi, kalau korang rase cam tak selesa je,aku da tak wat da. Juz ignore me if korang berdua terserempak aku mase kat kampus... And,i hope yang kite ley kenal lebey lagi. Aku nak suasana yang sama cam kite jalan2 pegi melaka.. Aku taknak hilang sume kenangan tu. Sebelum aku menutup bicara neh,sekali lagi aku mintak maF dari hujung rambut hingga hujung kaki...

-Ayat pasrah jek bunyi nye-....

Salam kemaafan,..

Sedia atau tidak,...????

Lagi 3 minggu jek nak final exam. Skang neh dok bZ ngan esemen & test. Hope sepanjang 3 minggu neh sumenye berjalan ngan lancar. Sebenarnye ade yang tak cover lagi subjek yang ley dikatakan hardcore, aka memang susah nak score. Hem,.. aku kene stdy kaw2 coz sem neh aku nak dapatkan pointer yang gempak dari sem lepas. Mase neh r nak pulun abis-abisan coz neh r peluang yang paling berharga dalam hidup aku. Kawan tetap kawan,bercinta tetap bercinta, tetapi study jangan dipandang ringan...

Aku pun da wat schedule untuk cover all subjek before test 2 yang bakal menjengah neh. Pas settle jek,aku nak balik ipoh, nak jumpe mak & amek restu before aku mengadap final exam. Doa ibu lebey berkat,lebey2 lagi bila kita nak menghadapi exam besar & tak kira r ape2 perbuatan yang tak menyalahi undang2 & tuntutan agama.

Aku dah bersedia mengharungi segalanya kerana aku telah memilih jalan neh. Jalan yang tak mungkin aku dapat berpatah balik. Mak,doakan anakmu ini supaya mendapat keberkatan kehidupan di dunia & akhirat..

Salam,...

Mentari kian kabur,... a.k.a hujan+panas

Salam,..
Minggu ni cuaca kat segamat tak menentu. Sekejap panas,sekejap hujan,... ni r perubahan yang biasa berlaku di bumi Malaysia. Aku macam biasa la,dok umah maen counter-strike. Hehehe,tu r sebahagian daripada aktiviti harian aku kalau takde esemen. Kekadang tu aku update blog,tak pun manage facebook. Kalau korang nak tau r,bebudak umah aku neh da gler facebook. Fs da tak layan.. Aku pn baru jek mencuba facebook neh. Cam besh jek..

Si dia sentiasa ada di sisi aku walaupun dia sangat sibuk dengan study nye. Macam2 hal & perkara yang perlu si dia selesaikan. Hem,..aku harus memahami tugasannya. Aku tak boley terlalu mengongkong hidupnya kerana si dia ada hak ke atasnya. Yang mampu aku berikan adalah kata2 semangat walaupun sedetik tak pernah sering aku mengatakan kepadanya.. Aku harap si dia dapat mencapai apa yang dia mahu dalam hidupnya. Aku sentiasa berdoa supaya si dia menjadi yang terbaek di kalangan yang terbaek.. Aku tahu dia mampu melakukannya kerana aku dapat merasakan dia adalah wanita yang paling tabah selepas mak & angah..

Dan aku,akan teruskan hidup seperti biasa.. melaksanakan amanat arwah & keluarga demi kehidupan aku juga. Aku juga ingin menjadi yang terbaek di kalangan yang terbaek.. Aku perlu tabah & cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan.. Si dia sentiasa di hati aku,dan aku sentiasa menyemai & menabur benih kasih & sayang antara aku & si dia..

Sunday, March 8, 2009

Where are u guys....??

Malam neh aku dok kat umah apeez. Tumpang satu malam jek. Kalau ikutkan ati nak jek aku dok kat umah taman bunga raye tu. Tak la menyusahkan orang laen. Hem,tapi mase nak amek ubat gastrik pun dah rase semacam. Cancel nak stay sorang2. Cam ade bende follow aku jek dari tadi. Wat bodo jek sudah..


Aku sebenarnye nak wat esemen Marcom & BeL. Tapi idea tak sampai2 lagi,tambah plak ngan kesenakan perut yang teramat sangat neh. Tu r,orang suh lunch tak nak,degil,kan dah cakit.. Sebagai cara untuk mengabaikan kesakitan tu,aku YM ngan si dia & da gang. Ade r kurang cikit cakit. Mate neh pun dah rabak tahap dewa dah .. Esemen kene gak ciapkan. Mase neh la nak ngantuk.Dulu tak r camni. Ley stay up sampai 2 3 pagi. Kalau dapat nescafe panas mesti besh. Tak ngantuk & ley generate more interesting ideas. Tapi skang aku kene kurangkan sume tu. Bahaya & ley effect sel-sel badan aku.


Bile r bebudak umah nak balik neh? Aku dah bosan tahap cipan angkasa dah neh. Hem,hope diorang balik before maghrib... Neh titah baginda sultan kerajaan bunga raye, Hahaha,..juz kidding. Korang balik tau,takut la tinggal sorang2..

risau+bimbang+konfius

Saturday, March 7, 2009

Misteri yang tiada jawapan,....

Sejak 2 3 malam aku rase semacam jek. Tak pernah aku alami perkara camni. Asik dengar suara orang panggil name aku. Nak sahut,takde orang kat umah. Gler bahaya,.. Kekadang tu mase solat pun macam kene ganggu jek. Tak khusyuk aku. Umah tu bagi aku tak r sunyi sangat,bebudak pun rajin solat & mengaji. Hem,maybe perasaan aku kot. Terlalu banyak berfikir & sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. Keadaan neh bukannya sekejap,lagi bertambah ade r. Sorang2 mengalami misteri tu. Aku tak cite sangat kat bebudak umah. Wat bodo jek sudah,..

Neh plak diorang balik,tinggal r aku sorang2. Lagi galak r bende tu ganggu. Aku cube gak lawan,tapi lagi kuat "dia" ganggu.. Ape yang sebenarnye "dia" nak? Aku tak paham.. Mase tdo "dia" cam ade kat sebelah. Nak toleh kanan & kiri pun takut. Nak bagitau abid pun ade. Tapi dia dah tido. So,sebagai langkah berjaga-jaga,aku tutup muke aku ngan bantal sampai keesokan pagi..

Ape yang sebenarnye "dia" nak? Persoalan misteri yang tiada jawapan sampai ke hari neh.......

Thursday, March 5, 2009

sweet memory,...

Hari neh pas modul,aku tinggal sorang jek kat umah. Hem,dah tak tau nak watpe. Nak wat esemen idea tak datang2 lagi.Nak study mandarin takde member plak. Kalau ade teman ley r practise speaking for reading & listening test next week.. Hem,nak wat camne,sume balik meninggalkan aku. Maybe diorang ade keje yang nak disettlekan. Takpe2 aku dah bese dah dok sorang2.Kita bile dah mati kang,dok la kat liang lahad sorang2 gak. Kene blaja la berdikari.. Cet,statement tak bley blah.Hahaha,..

Nak menghilangkan rase takut+bimbang+bosan, aku,si dia,ika & nisa pegi melaka. Lebey kurang kul 6 la kitorang gerak. Diorang plan nak tengok wayang & shopping.. Aku ikut jek. Mase bertolak tu,ujan lebat sangat. Aku nak drive pun takut. Jalan licin la,accident la,... Hanya Allah jek yang tahu ape yang terbuku dalam hati aku neh. Diorang sume memang besh gler. Selamba jek,.. Watpe nak sorok2,tak rugi pun kalau orang tau kita neh camne. Kalau korang nak tau r,kete aku dah macam kedai runcit ah seng. Ade kerepek,asam,air mineral,biskut teddy, & macam2 lagi r. Bese la tu,gals memang particular cikit hal2 macam neh.. Maybe gals neh memang ske makan kot. Takpe2,pasni ley maintain balik body tu. Hahahah,gurau jek..

Kitorang sampai dekat kul 8.30mlm. Dah r jam,stress aku. Aku & si dia pegi beli tiket wayang. Aku cam tak caye jek aku tengok cite ala2 romantik+sedey tu,"Marley & me"... Besh gak la cite 2. Aku pun hampir t'tido mase cite tu ditayangkan (skema gler ayat aku). Nasib baek ade si dia mengejutkan aku. Tapi si dia suh aku rehat. Bese la drive tak henti2..

Kitorang balik segamat dalam kul 4 pagi r. Mase 2 kat tangkak memang tak nampak ape2. Kabus gler tebal. Aku & si dia berborak utk hilangkan rase takut. Ika & nisa tido kat belakang. Maybe diorang penat shopping kot. Hem,gals kalau tak shopping memang tak sah. Aku terus anta diorang balik umah.. Balik r aku sorang2. Sampai jek aku terus tido... tapi tak bape nak lena la,..

Hem,tu r cite aku utk korang. Bese2 jek post aku kali neh.Maybe aku dah lost banyak idea coz penat sangat semalam. Tapi aku memang enjoy r. Ade gak manusia yang sanggup temankan aku semalaman,menjaga aku sepanjang perjalanan ke melaka & balik ke segamat. Tanx gals,... Hope kite dapat kuar lagi..

Nanti aku publish cite yang lagi besh. Cite yang mungkin watkan anda & blogger laen tersentuh hati..

Salam,....

entry without tittle,...

Aku tak tau asal arini aku rase laen cikit.Badan pn tak bape nak chat.Ehm,..maybe tak cukup rehat kot.Hem,..camne la mak ley handle sume keje2 arwah skang neh? Banyak keje mak aku kene wat. Sekolah lagi,umah lagi,...cian kat mak.Aku senantiasa berdoa semoga mak diberi kekuatan utk menempuh kehidupan di dunia neh.Aku tau mak kuat,tabah,.. Aku tak sehebat mak & tak sehebat arwah dalam menguruskan hal-hal seharian.. Aku gagal mewarisi sumenye..

Aku ade sorang kakak,yang sentiasa bagi aku semangat n kekuatan.Sebenarnye dia amat perlukan aku,tapi jadi sebaliknya.Aku lebey manja & bersifat keanak-anakan bile balik cuti.Tapi kakak aku tak kisah.Dia lebey tau diri aku camne.. Kekadang tu ley menimbulkan kejelesan yang amat tinggi di kalangan adik-beradik aku.Hahaha,...

Dan aku,menjalani kehidupan seperti biasa.Banyak cabaran & dugaan yang aku hadapi sejak ketiadaan arwah.Settele je satu masalah,datang plak 2-3 masalah.Aku terima semu nye. Maybe Allah nak uji sejauh mane hambaNya ley bertahan..

Hem,aku pn da takde idea nak cite ape lagi kat korang. Moh le kita kongsi cite same2.Kongsi segala kenangan antara kawan2 & follwers. Aku berkata,"Selagi keyboard masih berdetik,selagi tu masih ade cite indah utk anda,.."

Salam,..



Tuesday, March 3, 2009

For you,...

I can’t believe i could be the one,
To be with you under the morning sun, see the moon and the nightingale,
Sing along with us
You’re the only one who drive me crazy
You’re the only one fills my fantasy room,
Nevere gonna stop,all that fantasy,
I leave my life for you,
Thank you for loving me baby,
I think this is a give from Allah to have u here…..

Persoalan tentang PERSAHABATAN,....

Dan jika berkata, berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan?
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti terpenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dialah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati sunyi dan mencarinya saat jiwa perlukan kedamaian. Bila dia bicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.

Dan bilamana ia diam, hatimu tidak akan berhenti mencuba merangkum bahasa hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam rangkuman persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan lahir bersama dengan sukacita yang utuh, pun tidak terkira.

Di kala berpisah dengan sahabat, janganlah berduka cita,kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana kasih yang masih menyisakan pamrih, di luar jangkauan misterinya, bukanlah kasih, tetapi sebuah jala yang ditebarkan, hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan. Kerana dalam titik-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan...

Living Cabin,...

Mesti korang pelik & hairan pesal aku pilih "Living Cabin" as my entry tittle. Hem,bagi aku tittle tu ade kene-mengena ngan aku & bebudak umah. Tittle tu bukannye mencetuskan api kemarahan sape2 pun,tapi ianya cuma cerita indah & kenangan antara kami.

Aku suke dok serumah ngan diorang. Sumenye sempoi2 & masuk air.Hahaha,kelakar gler kalau dok borak2 & bergurau. Lawak cam setan pun slalu ade.Pendek kata,memang happening la umah no 8 persiaran 2 neh. Setiap hari je mesti ade cite yang ley menghilangkan stress pas klas.

Kalau nak makan la,kitorang slalu g kat kg jawa, kat kedai akak cantik. Kat c2 memang besh, sedap la. Hem,jauh gak la dari umah kitorang. Nak makan punye pasal,kitorang redah jek( cam tagline nadia af6,hahaha). Order pun same jek setiap malam. Pas je abez makan,continue borak2 sampai 2 3 batang rokok abez. Da bosan, kitorang terus gerak balik umah..

Kat umah plak,continue maen bola. Sepak sana, sepak sini,... Abez sume barang dalam umah bersepah termasuk la toiletries aku. Hem,bengang gak la. Tapi takpe,diorang kemas balik. Aku terus je masuk bilik & on laptop. Aku kene ciapkan blog before PM Kamel nak tengok dah bpe banyak post.. Dah r xde idea,nak pakse komfem la tak dapat.. Aku relax & terus tido...

Bile mentari memancarkan sinarnya,keadaan berubah sekali. Semalam menjadi kenangan untuk hari ini & seterusnya menjadikan pengajaran wat mase akan datang. 1 kitaran hidup yang takkan henti jika ada manusia yang mampu menceriakan hati seseorang,... yang mengisi kekosongan hati bile kesunyian....

Aku suke dok serumah ngan korang. Besh gler,... hope we will be best frenz forever..

Salam sahabat,..

For you, my mom.... i luv u so much...

Ape eh mak wat kat umah tu?Mesti bZ settlekn hal arwah & laen2. Cian kat mak. Aku nak tolong tapi tak ley. Aku kene teruskan amanah bapak.. Amanah yang bakal mengubah aku menjadi orang yang berguna nanti,insyaAllah. Mak, anakmu neh merinduimu sangat2. Tak puas menatap wajahmu yang indah & memberi sinar kehidupan wat aku..

Mak slalu berpesan supaya jaga diri & blaja rajin2. Aku tau disudut hati mak dia tak mahu anaknya mengalami kesusahan di hari mendatang. Kata-katanya seringkali bermain-main di kepala otak aku. Tapi aku ade rahsiakan sesuatu yang mungkin boleh menyebabkan mak bertambah susah hati lagi. Aku sayang mak aku macam aku sayang diri aku.. Aku taknak dia risau pasal aku. Aku ley handle sorang2,yang pasti sokongan dari kawan2 n si dia membuatkan aku lagi tabah menghadapi ujian Allah..

Kalau nak dibandingkan ngan aku,mak lagi tabah. Dia tak pernah mengeluh or putus asa bile dia tak dapat ape yang dia inginkan. Dia cuba sedaya upaya utk sampai ke tahap yang dia idamkan. Mak idola aku,wanita yang tak pernah kenal erti kalah sebelum berjuang. .

Mak,anakmu ini berdoa supaya diberi kekuatan & cekal menghadapi kehidupan selepas ketiadaan bapak. Mak, anakmu, KHAIRIL JAZMI AZAMI amat menyayangimu n sentiasa merinduimu setiap detik,saat,minit,jam & waktu..

Salam kerinduan teramat sangat,...