Friday, January 16, 2009

3 hari,..

Hidup kita cuma 3 hari. Semalam, hari ini dan esok.. Mengapa kita perlu menghargai setiap detik, minit dalam kehidupan..? Kebanyakan dari kita jarang mengambi tahu hal ini. mereka melepaskan detik-detik indah yang mereka lalui. Bagi mereka, semalam adalah semalam, dan ianya tak mungkin akan sama seperti pada hari ini..

Bagi aku,semalam adalah kenangan, hari ini akan menjadi iktibar dan esok adalah permulaan menempuh alam kehidupan baru. Kenangan terindah akan mengingatkan kita pada seseorang, lalu mencetuskan perasaan kasih dan sayang.., dan kemudiannya timbul rasa cinta yang mendalam di dalam hati. Perasaan yang akan dialami oleh setiap manusia..

Hari ini pula akan menjadi iktibar, dan sejurusnya membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dan tidak mengulangi perkara yang sama pada hari-hari mendatang. Kejadian hari ini juga mengajar kita supaya lebih mengenali dan menghayati detik kehidupan. Jika terlepas, tak mungkin hari seperti hari ini akan datang menjenguk kita lagi...

Esok akan menjadi penentu kehidupan kita. Kita tak tahu apa yang bakal kita lalui, kerana kita sendiri tak mampu untuk meramalkan segalanya. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah berhadapan dengan bijaksana dan berhemah, dan cuba menjadi seorang manusia yang tabah menghadapi dugaan..

So,nikmatilah hari-hari anda dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan kenangan lalu terlepas begitu saja. Jika anda mengendahkannya, anda akan menyesal seumur hidup. Ingatlah, hidup kita hanyalah 3 hari.....

No comments:

Post a Comment