Saturday, January 10, 2009

Yang Sempurna - Part 1

Chapter 1
Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Aku masih terleka dengan kicauan burung dan keindahan sinaran mentari. Inilah aktiviti pertama yang aku lakukan setiap pagi. Mengagumi dan menikmati ciptaan Ilahi.

"Reez,kau buat apa tu? Semalam kata ada date dengan Mia. Merajuk pulak dia kalau kau lewat." Suara itulah yang sering aku dengar setiap hari. Pendek kata, Zaf ini macam mak aku. Pantang sikit tengok aku layan feel, mesti nak ganggu.

"Yela, aku nak mandi la ni. Kau ni kalau tak membebel tiap-tiap hari boleh tak? Boleh stress tau", jawabku. Kalau buat bodoh je dengar ceramah free tu lagi menjadi-jadi si Zaf ini." Kalau aku tak ingatkan kau, si Mia tu asyik call aku and tanya pasal kau. Hey, i'm not your secretary". Aku bingkas bangun meninggalkan Zaf membebel tak berhenti-henti. Hmm, kekadang tu bagus juga aku ada housemate macam Zaf. Dia selalu mengingatkan aku pada perkara-perkara penting. Solat, proposal, appointment with clients. Bertuah aku.

" Zaf, aku gerak dulu ni. Kalau apa-apa hal, call je aku". Aku terus mengambil kunci kereta lantas menghidupkannya. " Jaga si Mia tu elok-elok. Tangan tu jangan meliar sangat. Hahaha", usik Zaf. "Yela. Ermm, kau boleh tolong bagi makan kucing aku tak? Dah lewat dah ni", jawabku. "Nanti aku bagi la. Kau jangan risau", balas Zaf.

Aku terus memandu menuju ke rumah Mia. Rumahnya agak jauh sedikit dari apartment aku. Cuma dalam 30 minit sahaja perjalanan. Mia Karmila Tan Sri Adnan Kamarulzaman, anak gadis pemilik syarikat perisian komputer, TechCorp Holdings. Aku tak sangka anak gadis Tan Sri Adnan menjadi milik aku sekarang. Dia seorang yang cantik, menawan dan pandai bergaya. Memang kena dengan taste aku la. "Mia Karmila, indah sungguh nama itu dan juga secantik orangnya," bisikku.

Aku sampai di Villa Marqisa, kediaman rasmi Tan Sri Adnan. Lantas aku mengambil telefon bimbit dan mendail nombornya." Mia, I dah ada kat depan rumah you. I tunggu you kat luar je", kataku. " Kenapa you tak masuk dulu? I tengah bersiap ni. You sembang la dulu dengan mama and papa". Inilah yang membuatkan aku lemah. Berhadapan dengan orang tua Mia. Mereka memang ramah dan seronok bersembang. Aku dah naik segan bila mereka bertanyakan tentang sejauh mana hubungan aku dengan Mia. Aku hanya mengatakan semuanya baik-baik belaka. Itulah ayat-ayat yang sering aku guna untuk elak dari di interview lebih-lebih.

Selepas beberapa minit, Mia muncul di sebelahku. Bau wangi semerbak memenuhi ruang kereta Nissan Fairlady aku. Mia memang pandai bergaya, bijak mengenakan make-up dan outfit.

"Reez, kenapa you tengok I macam tu. Macam nak makan je," katanya dengan nada manja. Aku tersedar dari lamunan apabila Mia menegurku. " Sorry, I terpegun bila tengok you. Tapi, kalau boleh makan you apa salahnya," gurauku. "Ishh, you ni kalau satu hari tak bergurau memang tak sah. Hmm, nak pergi mana hari ini?", tanya Mia.

"Hey, you yang ajak keluar, you tanya I balik. Kalau I, I tidur je kat rumah. Hari minggu, hari paling best untuk tidur," balasku. Mia menarik muka masam. "You ni asyik tidur je,dah tidak ada kerja lain ke? Weekend la masa yang I boleh keluar dengan you. Dahlah 2 minggu you outstation. I rindu sangat dekat you,"luah Mia. Aku terkedu mendengarnya. Memang aku selalu outstation dan kadang-kala aku lupa untuk call dia.

"Hem,minta aku pujuk la tu,"bisikku. Mia selalu begitu,kalau segala kemahuannya tidak dipenuhi,perangai keanak-anakannya jelas kelihatan. Aku dah biasa dengan keadaan sebegitu,dah masak dengan perangainya.

"Baby,I'm sorry,ok? Kita pergi The Curve,nak? I nak cari barang la,"pujukku. Mia masih mendiamkan diri. Lain macam je dia hari ini. Silap cakap ke aku ni? Tiba-tiba Mia bersuara, "You, I nak perfume Nina Ricci,boleh?". Aku terpinga-pinga,agak lambat menangkap setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mia. Agaknya aku kena tambah RAM dalam kepala otak aku ni.

"You,dengar tak apa yang I cakap tadi? Or you saja buat-buat tak dengar," perli Mia. "Apa yang you cakap tadi?perfume ek? Kan I dah bagi for your birthday last month, you lupa la tu,"balasku. "Ala,nak jugak.Please sayang,please,please,....,"pujuk Mia. Aiseh,macam mana aku nak buat ni? Aku mati akal memikirkan apa alasan yang patut aku bagi pada Mia daripada beli perfume tu.

"Ok la,kita keluar pergi The Curve dulu. Then,after I habis beli barang, kita tengok perfume yang you nak tu,deal? Mia mengangguk. Setujulah tu. Lega aku.

Aku meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin ditujui. Pandangan aku terhadap Mia sukar untuk aku lepaskan. Aku curi-curi melihat wajahnya yang selalu menjadi tempat aku mencari idea dan melepaskan rindu.


****************

1 comment: