Monday, March 16, 2009

Doa buat sahabat,...

Saat kau pergi meninggalkan tanah tumpahnya darah, bumi berkejaran bersama untuk memegang segulung lembaran ijazah, menjarakkan persahabatan kita dengan cita-cita dan keazaman…Namun pergilah sejauh manapun, pautkan persahabatan dan kenangan demi kenangan kita bersama pada langit yang memayungi mu. Kerana di mana pun kamu bermusafir, langit tetap bergantung pada mu.

Apabila menerima perkhabaran kau akan pergi sejauh itu, aku mengerti dan fahami meskipun antara dua naluri ini merasakan kegembiraan kerana apa yang pernah kau usahakan berhasil dan aku juga sedih kerana aku bakal kehilangan sahabat di sini..

Biar di mana-mana pun,letakkanlah azam mu di hadapan, dan tafsirkan ia dalam perjuangan yang padu. Meski itu jangan lupakan apa yang pernah kita lalui,kepayahan, kegembiraan dan air mata yang tak nampak pada zahir. Seusngguhnya dalam dunia persahabatan yang di lalui ini,mengertilah aku, andai suratan itu telah tertulis semuanya bakal bermula lagi nanti…….

No comments:

Post a Comment