Thursday, March 12, 2009

Mentari kian kabur,... a.k.a hujan+panas

Salam,..
Minggu ni cuaca kat segamat tak menentu. Sekejap panas,sekejap hujan,... ni r perubahan yang biasa berlaku di bumi Malaysia. Aku macam biasa la,dok umah maen counter-strike. Hehehe,tu r sebahagian daripada aktiviti harian aku kalau takde esemen. Kekadang tu aku update blog,tak pun manage facebook. Kalau korang nak tau r,bebudak umah aku neh da gler facebook. Fs da tak layan.. Aku pn baru jek mencuba facebook neh. Cam besh jek..

Si dia sentiasa ada di sisi aku walaupun dia sangat sibuk dengan study nye. Macam2 hal & perkara yang perlu si dia selesaikan. Hem,..aku harus memahami tugasannya. Aku tak boley terlalu mengongkong hidupnya kerana si dia ada hak ke atasnya. Yang mampu aku berikan adalah kata2 semangat walaupun sedetik tak pernah sering aku mengatakan kepadanya.. Aku harap si dia dapat mencapai apa yang dia mahu dalam hidupnya. Aku sentiasa berdoa supaya si dia menjadi yang terbaek di kalangan yang terbaek.. Aku tahu dia mampu melakukannya kerana aku dapat merasakan dia adalah wanita yang paling tabah selepas mak & angah..

Dan aku,akan teruskan hidup seperti biasa.. melaksanakan amanat arwah & keluarga demi kehidupan aku juga. Aku juga ingin menjadi yang terbaek di kalangan yang terbaek.. Aku perlu tabah & cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan.. Si dia sentiasa di hati aku,dan aku sentiasa menyemai & menabur benih kasih & sayang antara aku & si dia..

No comments:

Post a Comment