Tuesday, March 3, 2009

Persoalan tentang PERSAHABATAN,....

Dan jika berkata, berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan?
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti terpenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dialah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati sunyi dan mencarinya saat jiwa perlukan kedamaian. Bila dia bicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.

Dan bilamana ia diam, hatimu tidak akan berhenti mencuba merangkum bahasa hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam rangkuman persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan lahir bersama dengan sukacita yang utuh, pun tidak terkira.

Di kala berpisah dengan sahabat, janganlah berduka cita,kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana kasih yang masih menyisakan pamrih, di luar jangkauan misterinya, bukanlah kasih, tetapi sebuah jala yang ditebarkan, hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan. Kerana dalam titik-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan...

No comments:

Post a Comment